RSS

VIDEO KUMPULAN

Akhirnya video telah siap dan telah pun dibentangkan. Maaf saya minta bagi kumpulan saya jika ada yang terkurang atau pun Dr Rosseni tidak berpuas hati dengan video yang kami hasilkan. Kami telah cuba buat sebaik mungkin dengan pengetahuan yang sedikit tentang cara-cara penghasilan video.

Dengan tugasan ini, saya rasakan semakin mengetahui dan mendalami penghasilan video. Ini lah apa yang telah kami hasilkan.

 
Leave a comment

Posted by on 04/05/2011 in GGGE2153

 

Refleksi 10

Pada refleksi ini saya ingin menceritakan proses tugasan berkumpulan kami iatu video. Setelah video siap dirakamkan dan pelakonnya ialah Nik Farin iaitu rakan kumpulan saya.

Kami merakamkan video ini di Kolej Keris Mas. Tajuk video kami ialah transformasi dulu dan kini. Dalm video ini kami ingim menceritakan bagaimana kehidupan dulu dan sekarang.

Proses yang paling susah bagi saya ialah semasa mengedit video untuk dijadikan satu video yang lengkap. sangat rumit kerana memerlukan banyak angle. Maksudnya kami harus merakamkan satu scene dengan banyak kali kerana memerlukan angle yang berlainan untuk menunjukkan teknik kami mengambil video di dalam video yang siap nanti.

selain itu untuk memilih lagu yang sesuai juga agak umit kerana ingin kan lagu yang sesuaii dengan konsep video kami juga dapat menarik perhatian pelajar lain untuk terus melihat video kami.

Semasa video ini separuh siap, ahli kumpulan kami telah berjumpa dengan Dr Rosseni untuk mendapatkan pandangan Dr dan komen yang boleh membantu mencantikkan lagi perjalanan video itu.

Ada beberapa komen yang telah Dr berikan dan kami cube membaiki semula video itu berdasarkan komen Dr Rosseni. Kami cuba membuat semampu yang kami boleh untuk menghasilkan video yang baik.

Ahli kumpulan kami juga memberikan kerjasama yang baik walaupun kebanyakan kami mempunyai waktu lapang yang tidak sama dan dibelenggu dengan asiggment yang banyak namun mereka dapat memberikan kerjasama yang baik.

Jadi harapan saya ialah supaya video itu dapat memuaskan hati Dr Rosseni dan yang lain walaupun bukan tahap yang paling baik namun jika tidak mengecewakan Dr itu sudah cukup baik bagi kami yang tidak  pernah sekalipun merakam dan mengedit video sendiri.

Itu sahaja untuk refleksi kali ini.

 

 
Leave a comment

Posted by on 31/03/2011 in GGGE2153

 

Refleksi 9

Pada refleksi kali ini saya ingin menceritakan bagaimana proses membuat poster yang telah saya hasilkan. Sayan menggunkana video di youtube sbagai tutorial saya.

 

Dari video saya lebih memahami bagaimana proses membuat poster dilakukan kerana diajar satu persatu. Saya membuat poster ini menggunkan photoshop cs3.

Pada permulaan nya memang agak rumit kerana saya tidak pernah menggunkan kebanyakan tools yang ada di photoshop itu. Tetapi melalui tutorial ini saya semakin tahu apa kegunaan pen tools, brush tools dan sebagainya. Sebagai yang dilihat di dalam poster ini,

 

Gambar orang didalam poster di atas saya crop daripada gambar yang lain menggunkan pen tools.

Dengan menggunkan pen tools ini, gambar di atas dapat dicrop mengikut bentuk nya dan menggunkan select kita boleh mengalihkan gambar yang dicrop tadi ke background yang lain.

Selain itu, bintang-bintang yang bersinar di atas saya gunakan brush tools.

Dengan menggunkan brush tools ini saya telah membuat bintang dan menggunakan filter iaitu gausian blur untuk membuatkan bintang menjadi bersinar. Seterusnya saya hanya copy and paste layer bintang untuk memperbanyakkan lagi dan mempercantikkan lagi poster ini.

Kebanyakan gambar ataupun benda yang dihasilkan dalam poster ni kebanyakannya menggunakan brush tools dan gausian blur. Burung yang berwarna putih di dalam poster itu juga dilukis menggunkan pen tools..

dengan pen tools, saya membuat bentuk burung dan hanya copy layer supaya bilangan burung bertambah dan saya menggunakan free transform untuk menjadikan burung semakin kecil atau besar.

Background di belakang itu pula saya hanya menukarkan di bahagian style.

Dibahagian ini kita boleh menukarkan style layer yang ingin kita tukarkan.

Dan akhir sekali bahagian text saya rasa ramai yang tahu iaitu dengan menggunkan text tools sahaja. Dan saya hanya mencantikkan nya lagi dengan menggunkan blending option.

Akhirnya dengan kerajinan saya yang suka mengexplore dengan menekan sana dan sini,untuk mencantikkan lagi warna dan kegemerlapan poster ini,  terhasillah poster seperti yang diatas. Itu sahaja untuk refleksi kali ini.

 
Leave a comment

Posted by on 31/03/2011 in GGGE2153

 

Poster

Akhirnya, saya telah berjaya menyiapkan tugasan individu saya iaitu membuat poster. Saya memilih membuat poster kerana bagi saya poster lebih banyak pilihan berbanding kulit buku yang tertumpu kepada tajuk buku dan gambar yang sesuai sahaja. ini adalah hasil nya.

Saya menggunakan youtube sebagai tutorial saya dalam membuat poster ini.

 

 

Gembira sangat sebab berjaya menyiapkan poster ini.

.

 

 
Leave a comment

Posted by on 20/03/2011 in GGGE2153

 

Refleksi 8

Pada kelas tutorial minggu ini, Dr Rosseni mahu melihat proses pekembangan video kami. Kami telah menunjukkan video-video yang telah kami rakam tetapi masih belum sempat diedit sepenuhnya.

Dr Rosseni juga ada memberi cadangan supaya mengambil video lain di “cut” dan di”join” kan sekali bersama video yang kami ambil untuk memantapkan lagi video kami nanti.

Bermacam-macam pandangan dan cadangan yang diberikan oleh Dr Rosseni di dalam proses kami menyunting dan mengedit video kami. Terima kasih tidak terhingga saya dan rakan lain ucapkan kepada Dr Rosseni kerana banyak membantu dalam tugasan kami. Apatah lagi mengedit, mengambil video dan sebagainya yang berkaitan dengan video masih diluar kebiasaan kami.

Tetapi saya dan rakan lain akan mencuba dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatka video yang cantik dan baik serta tidak mengecewakan Dr Rosseni. InsyaAllah.

Kelas kami pada minggu ini hanya membincangkan tentang proses mengedit video sahaja. Perkembangan yang seterusnya akan saya ceritakan pada refleksi yang lain.

 
Leave a comment

Posted by on 19/03/2011 in GGGE2153

 

Gambar-Gambar

Dr Rosseni ada memberi tugas kepada kami dengan mengambil gambar landskap dengan menggunakan kamera dan dengan teknik-teknik yang betul untuk mendapatkan gambar yang cantik. ini adalah antara gambar yang telah saya ambil.

 
2 Comments

Posted by on 18/03/2011 in GGGE2153

 

Refleksi 7

Pada hari Selasa (15/03/2011) kami sekali lagi telah melakukan perjumpaan di PTSL untuk proses ke2 video ini. Pada perjumpaan kali ini saya pastikan saya dapat hadir kerana tidak dapat hadir pada perjumpaan sebelum ini.

Pada perjumpaan ke2 ini, kami telah mengambil video tentang orang kertas pula iaitu kami telah membincangkan dan memutuskan untuk mencampurkan scene antara orang betul dan orang kertas.

Perjumpaan malam ini berjalan dengan lancar dan video juga diambil dengan lancar. Pada malam ini juga kami telah membahgikan tugas mengeedit kepada semua kumpulan. Satu kumpulan mempunyai 2-3 orang dan akan mengedit satu sene setiap kumpulan.

Pada malam ini juga, kami telah megambil gambar setiap ahli kumpulan kami untuk dimasukkan ke dalam video nanti. Saya rasa gembira kerana semua pelajar yang dapat hadir memberikan kerjasama yang sangat baik.

Pada akhir perjumpaan ini, kami telah membincangkan dan memberikan tugas masing-masing dan akan menentukan perjumpaan seterusnya.

 
Leave a comment

Posted by on 18/03/2011 in GGGE2153